suria

Atlet judo Sudan pula tarik diri, enggan berdepan peserta Israel

Peserta Israel, Tohar Butbul melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas dua peserta menarik diri. Foto: Reuters

SEORANG lagi atlet judo menarik diri daripada Olimpik Tokyo 2020 selepas membuat keputusan untuk tidak berdepan peserta Israel.

Mohamed Abdalrasool, atlet dari Sudan mengikut jejak langkah Feith Nourine (Algeria) sebelum dia dijadualkan berdepan Tohar Butbul (Israel).

Nourine dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sokongan politik buat Palestin menyebabkan dia tidak mahu menentang peserta Israel.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun Abdalarasool masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung keputusannya itu.

Pasukannya mendakwa dia mengalami kecederaan bahu, bagaimanapun Butbul ragu-ragu mengenai perkara tersebut.

"Ini adalah perkara yang kadang-kadang berlaku dalam sukan judo, jadi itu tidak aneh bagi saya. Saya hanya perlu menunggu, tetap fokus dan menunggu peluang pertama saya," kata Butbul. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain