suria

Atlet judo Georgia disingkir dari penyertaan Olimpik kerana bersiar-siar

Pasangan atlet judo itu dikatakan meninggalkan perkampungan sukan untuk mengunjungi 'salah seorang kenalan baik mereka'.

DUA atlet judo dari Georgia disingkir daripada penyertaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana bersiar-siar, demikian menurut laporan.

"Yang dapat saya katakan ialah (peserta itu) meninggalkan perkampungan atlet untuk pergi bersiar-siar.

"Saya tidak dapat mendedahkan lebih dari itu.

"Meninggalkan perkampungan atlet untuk pergi bersiar-siar adalah sesuatu yang tidak boleh ditoleransi," demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, Masa Takaya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Kyodo News, kedua-dua atlet berkenaan, Vazha Margvelashvili, 27, dan Lasha Shavdatuashvili, 29, dilihat mengambil gambar ketika mengenakan pakaian seragam rasmi mereka berhampiran Tokyo Tower pada Selasa.

Sementara itu menurut agensi berita AFP, pasangan atlet berkenaan meninggalkan perkampungan sukan untuk mengunjungi 'salah seorang kenalan baik mereka'. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain