suria

Analisis EPL: Sadio Mane sekali lagi jadi ayam tambatan The Reds

Sadio Mane dijangka kembali menjadi watak penting menjulang Liverpool musim ini. — AGENSI.

MUSIM baharu Liga Perdana England akan membuka tirainya dalam tempoh tidak sampai seminggu saja lagi. Setiap pasukan bertanding juga sudah pun mengharungi kempen pra musim bagi mempersiapkan skuad terbaik sebelum sepak mula sulung masing-masing.

Begitu juga buat bekas juara, Liverpool yang sudah pun mula membayangkan aura positif sepanjang aksi pra musim sebelum ini, namun persoalannya adakah segala kerja keras The Reds akan membuahkan hasil?

Tengah malam Ahad ini, skuad kendalian Jurgen Klopp akan membuka tirai saingan menentang pendatang baharu yakni Norwich City di tempat lawan.

Jangkaan kedudukan Liverpool di akhir musim?

Agak sukar untuk meneka di mana kedudukan Liverpool di kedudukan liga namun berdasarkan kekuatan skuad utama mereka, ia dilihat lebih daripada cukup untuk mengharungi cabaran sepanjang musim ini.

Namun seperti yang diketahui umum, bola sepak tidak dimainkan hanya berdasarkan andaian atas kertas semata-mata memandangkan pencabar lain juga memiliki kekuatan tersendiri terutamanya apabila diperkuatkan dengan muka-muka baharu sedangkan The Reds hanya menandatangani Ibrahima Konate.

Sejujurnya, Liverpool tidak memiliki skuad depth seperti Manchester City dan Chelsea yang mempunyai senarai lengkap untuk menggantikan mana-mana pemain cedera atau pun melakukan penggiliran pemain.

Adakah akan ada tambahan pemain sebelum jendela perpindahan pemain ditutup?. Ada atau tidak, Liverpool harus menepati ramalan awal untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan pelik EPL...Tak perlu tunjuk bukti ujian Covid-19, status vaksin bila masuk stadium

ARTIKEL BERKAITAN: Nombor jersi pun boleh 'bersara' daripada bola sepak

Bagaimana pula dengan piala domestik seperti Piala FA dan Piala Liga?

Untuk bercakap jujur, segalanya bergantung kepada undian. Agak perit untuk memperkatakan hakikat tetapi jika Liverpool mahu memenangi piala musim ini, mereka perlu kurangkan penggunaan pemain daripada produk belia walaupun ketika beraksi dalam saingan Piala FA dan Piala Liga.

Siapa penjaring terbanyak?

Mengikut standard yang dimiliki, kasut emas Liverpool musim ini dijangka akan menjadi milik Sadio Mane. Pemain ini juga cemerlang sepanjang pra musim dan mungkin mampu mengembalikan prestasi terbaik seperti ditunjukkan pada edisi 2018/19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pemain yang menjadi tumpuan musim ini?

Jawapan paling tepat sudah semestinya antara Harvey Elliott dan Thiago Alcantara. Elliott adalah seorang pemain yang memiliki bakat namun Klopp harus memberikannya lebih banyak minit permainan.

Alcantara pula sememangnya seorang pemain yang luar biasa dan agak menarik untuk menyaksikan impak yang mampu dijelmakannya.

Siapa yang mampu melakar kejutan?

Juga agak sukar untuk memilih namun andai kata mampu tampil lebih cergas dan bebas kecederaan, Naby Keita dijangka akan memainkan peranan utama buat pasukan musim ini.

Diogo Jota juga sudah membuktikan kemampuannya musim lepas. Tidak mustahil, Takumi Minamino dan Kostas Tsimikas juga mungkin layak untuk berada dalam pakej kejutan musim ini. - liverpool.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain