PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel menganggap pasukannya sebagai ‘pilihan keempat’ bagi gelaran mencabar Liga Perdana, meskipun menang 3-0 dalam perlawanan menentang Crystal Palace, semalam. Sentuhan emas Tuchel ternyata membawa 20 kemenangan daripada 32 perlawanan kepada The Blues, sejak beliau mengambil alih jawatan itu dari Frank Lampard pada Januari. Tuchel memimpin pasukan itu dalam kejayaan di Eropah pada Mei dan mendapat tempat keempat dalam Liga Perdana musim lalu. “Sejujurnya, saya melihat kami dalam kedudukan keempat dan tidak boleh menjadi pasukan kegemaran pada musim ini, Tuchel berkata, Liga Perdana adalah persaingan yang sukar dan dia perlu merapatkan jurang antara Liverpool, Manchester City dan Manchester United. “Meskipun kami berusaha menjadi terbaik dalam setiap pertandingan, tetapi realitinya kami harus mengakui bahawa kami adalah tempat keempat dan mempunyai tiga pasukan lain di atas kami. “Kami bermain di Liga Juara-Juara dan memenanginya tetapi hanya sebagai ‘underdog’. Kali ini pula adalah berbeza dan kami bermain pada kebolehan maksimum. “Realitinya kami berada pada kedudukan keempat musim lalu dan memerlukan bantuan dari Tottenham pada perlawanan terakhir,” jelasnya menurut laporan Sky Sports. ARTIKEL BERKAITAN: Ini rupanya kata-kata azimat Solksjaer terhadap Pogba dan Bruno Fernandes, patutlah semangat padu lain macam ketika kerjakan Leeds! Tambahnya, ini adalah liga paling sukar di dunia, yang mana mereka harus bertenang serta bekerja keras bagi mencapai tahap tertinggi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Katanya lagi, beliau menyedari masalah bagi kelab itu adalah dari segi serangan. Chelsea hanya menjaringkan 25 gol dalam 19 perlawanan kendalian Tuchel pada musim lalu, termasuk 4-1 kemenangan kelab itu menentang Crystal Palace di Sulhurst Park pada April lalu. Namun, kemasukan semula Romelu Lukaku ke Chelsea bakal menyelesaikan masalah penyudah kelab itu memandangkan prestasi terbaik penyerang Belgium itu yang menjaringkan 47 gol selama dua musim di Inter Milan. “Kami mempunyai lebih banyak peluang di dalam kotak penalti, yang seharusnya cukup untuk menjaringkan lebih banyak gol. “Kami harap dapat memperbaiki kelemahan ini dengan kemasuka Romelu ke dalam skuad kami kerana Liga Perdana Inggeris adalah sukar," katanya.Chelsea menang mudah 3-0 menewaskan Crystal Palace pada aksi pertama EPL, dengan jaringan disumbangkan oleh Marcos Alonso, Christian Pulisic dan Trevoh Chalobah.Skuad The Blues akan berkunjung ke Emirates pada 22 Ogos ini untuk bertemu Arsenal yang dikejutkan pendatang baru, Brentford dengan kekalahan 0-2. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!