PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola membalas kritikan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tentang perbelanjaan pasukannya pada musim ini. Klopp dalam satu temubual berkata skuadnya tidak boleh dibandingkan dengan bekas juara England itu dengan menyifatkan City “secara jelas tidak mempunyai had perbelanjaan”. Namun menurut Guardiola, kelabnya sentiasa memastikan peraturan Financial Fair Play (FFP) dipatuhi apabila membeli pemain. ARTIKEL BERKAITAN: Guardiola tak senang duduk jika Kane diturunkan Spurs malam ini ARTIKEL BERKAITAN: 'Haaland lebih sesuai buat Man. City' Beliau mempertahankan pembelian rekod Britain yang bernilai £100 juta, Jack Grealish dengan menyatakan urusan perpindahan itu dapat dilakukan hasil daripada penjualan pemain sejak 12 bulan lalu. “Kami mempunyai had untuk FFP dan jika mereka tidak bersetuju, mereka boleh pergi ke mahkamah dan membuat bantahan,” katanya. Tambah Guardiola, kritikan terhadap perbelajnjaan The Citizens timbul akibat ada pihak yang dengki dengan kesungguhan pemilik City melabur mendapatkan pemain. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Terdapat beberapa pemilik kelab yang mahukan keuntungan untuk diri sendiri, pemilik kami tidak seperti itu. Oleh yang demikian, mereka tidak melabur dalam pasukan, sementara pemilik kami melabur sebaik mungkin. "Sebelum ini hanya ada satu atau dua kelab. Sekarang ada Chelsea dengan Abramovich dan kelab kami dengan Sheikh Mansour. Mereka mahu berbelanja dalam bola sepak. Apa masalahnya? “Sebelum ini, Manchester United memenangi banyak gelaran kerana mereka membelanjakan lebih banyak wang daripada kelab lain."Adakah anda masih ingat? Pada masa itu City tidak dapat melakukannya kerana kami tidak mempunyai pemilik seperti sekarang,” kata Guardiola. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!