KEMASUKAN tonggak pertahanan Perancis, Raphael Varane ke Manchester United disifatkan sebagai satu pelaburan yang tidak meyakinkan susulan prestasi tidak konsisten pemain itu sepanjang bersama Real Madrid sebelum ini. Perkara itu dikongsi oleh legenda pertahanan Liverpool, Mark Lawrenson yang berpendapat bahawa pemain berusia 28 tahun itu kerap mengalami kecederaan dan direhatkan dalam beberapa aksi Liga Sepanyol (La Liga), lapor Liverpool Echo. ARTIKEL BERKAITAN: JDT bakal dapat khidmat bekas penyerang Manchester United, Chelsea? Malah pada musim 2016/17, kata Lawrenson, susulan kecederaan yang dialami, Varane juga tidak beraksi dalam 15 perlawanan La Liga selain turut diketepikan sekurang-kurangnya 11 perlawanan pada musim berikutnya. "Saya tidak pasti Varane adalah aset yang terbaik untuk Manchester United. "Sepanjang khidmatnya menyarung jersi Real Madrid, dia kerap cedera. Dia juga kerap direhatkan kerana itu," tempelak Lawrenson. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Tambah Lawrenson lagi, dalam tiga musim terakhir, kelibat pemain itu juga tidak kelihatan dalam beberapa perlawanan liga. Varane juga diketepikan The Galacticos dalam beberapa aksi musim lepas apabila dijangkiti virus Covid-19. Selain Varane, The Red Devils turut mengikat seorang lagi pemain dari Borussia Dortmund, Jadon Sancho musim ini. Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengumumkan perpindahan Varane secara rasmi ke Old Trafford kira-kira 10 minit sebelum memulakan aksi membelasah Leeds United 5-1 dalam tirai pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lepas. Varane begitupun tidak beraksi dalam perlawanan itu dan bakal menyarung jersi no.19 United musim ini. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!