JEPUN bakal membatalkan penganjuran acara perlumbaan Grand Prix Formula One (F1) bagi tahun 2021 susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di negara itu. Berdasarkan laporan dari GP Blog, perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi oleh pihak penganjur yang sepatutnya melangsungkan perlumbaan itu pada 8 hingga 10 Oktober depan.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kawan kini lawan... Abraham, Tomori bersemuka semula di Serie A Perlumbaan itu dijadualkan berlangsung di Litar Perlumbaan Antarabangsa Suzuka, beberapa bulan selepas Jepun menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik. Jepun juga sepatutnya menjadi lokasi perlumbaan F1 kelima selepas Turki yang dijadualkan melangsungkan acara tahunan itu pada 1 hingga 3 Oktober depan di Intercity İstanbul Park, Tuzla, Istanbul. Ketua Pegawai Eksekutif Formula One Group, Stefano Domenicali terpaksa akur dengan keputusan berkenaan dan perlu membuat perubahan sekali lagi dengan kalendar perlumbaan F1 tahun ini dengan mencari lokasi baharu untuk perlumbaan berkenaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah pengangur menjangkakan lebih banyak perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang susulan penularan Covid-19 yang kembali meningkat di beberapa lokasi perlumbaan. Sebelum ini, Australia juga menjadi salah satu negara yang membatalkan susulan peningkatan kes wabak itu. Pengumuman itu dilakukan oleh pihak penganjur di Australia pada Julai lalu yang mengatakan bahawa perlumbaan ke-21 Grand Prix yang bakal diadakan di Albert Park, Melbourne, Australia terpaksa dibatalkan. Sehingga hari ini belum ada sebarang lokasi baharu yang diumumkan untuk menggantikan venue baharu buat perlumbaan yang sepatutnya berlangsung di Australia. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!