suria

Harry Kane sekali lagi disisihkan Spurs

HARRY Kane sekali lagi disisihkan Spurs menjelang aksi ECL berdepan Pacos awal pagi esok. — AGENSI.

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane dilaporkan tidak turut serta dalam penerbangan ke Portugal menjelang pertemuan berdepan Pacos de Ferreira dalam aksi pusingan pertama play-off Liga Konference Europa (ECL) di Estádio Capital do Móvel awal pagi Jumaat.

Kane sebelum ini berada dalam senarai 25 pemain yang didaftarkan Spurs untuk mengharungi saingan ECL musim ini selepas menamatkan di tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kane harus siap sedia.." Pengurus Spurs beri bayangan masa depan Kane

ARTIKEL BERKAITAN: Aubameyang enggan beri harapan palsu buat Barcelona, takkan tinggalkan Arsenal melainkan....

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Kane disisihkan pengurus Spurs, Nuno Espírito Santo selepas turut tidak beraksi dalam aksi pembuka tirai EPL berdepan Manchester City hujung minggu lepas.

Sebelum ini, Kane dilaporkan telah menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan Spurs pada Selasa, namun tidak turut serta ke Portugal sehari kemudian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Masa depan Kane di Stadium Tottenham Hotspur menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemerhati bola sepak apabila diuar-uarkan bakal berhijrah ke The Citizens sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos.

Namun, Man. City dilaporkan tidak bersetuju dengan tanda harga 160 juta pound (RM932 juta) yang ditetapkan pengerusi Tottenham, Daniel Levy bagi mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Kane.

Untuk rekod, Spurs merupakan wakil tunggal kelab England pada kejohanan ECL. Ia merupakan kejohanan yang julung kali diperkenalkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) musim ini selain dua kejohanan sedia ada iaitu Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL).

Kejohanan itu menghimpunkan kelab-kelab tahap ketiga terbaik Eropah berbanding UCL dan UEL. - SPORTS NDTV

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain