SATU lagi kemenangan bermakna buat Malaysia diraih di temasya Paralimpik Tokyo pada Isnin. Hari ini, rakyat Malaysia menyaksikan jaguh powerlifting negara, Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107 kilogram (kg). Atlet angkat berat nombor dua dunia itu melakukan angkatan 237kg pada angkatan kedua untuk memastikan pingat perak menjadi miliknya manakala emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245kg dan gangsa menjadi milik Razi Saman dari Iran dengan angkatan 231 kg. Ia sekali gus menjadi pingat kedua dimenangi daripada gelanggang tersebut selepas rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin meraih emas dalam acara 72 kg pada Sabtu. - Sinar Harian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI