BARCELONA akan menjadi lebih baik tidak lama lagi apabila pasukan itu menentang Granada bagi saingan La Liga Isnin ini, tegas Ronald Koeman.Bukan setakat pasukannya dipersalahkan kerana kalah 0-3 kepada Bayern Munich, malah ada yang mengatakan Barcelona sudah kehilangan identiti.Meskipun pahit untuk ditelan kenyataan itu, Koeman perlu sedar bahawa kekalahan kepada Bayern adalah contoh yang tepat dengan jurang jelas kelihatan ketika kelab Jerman menguasai babak kedua. Pasukan kendalian Koeman itu gagal menemui satu pun cubaan ke sasaran, kurang menguasai bola yang menjadi identiti kelab dan kini mencatat tiga kekalahan berturut-turut di laman sendiri dalam Liga Juara-Juara selain melepaskan 10 gol. Selepas pemergian Lionel Messi, tiada siapa terkejut apabila Bayern nyata lebih baik. Hanya segelintir percaya Barcelona akan memberikan ancaman pada Liga Juara-Juara atau mengatasi pencabar utama lain musim ini. Namun, ketika Barca akan menghadapi pencabar lebih mudah - Granada pada Isnin diikuti Cadiz dan Levante - persoalan mula timbul mengenai penurunan prestasi dan adakah Koeman jurulatih yang tepat bagi mengurangkan jurang itu. "Itulah yang berlaku, kami ialah kami," kata Gerard Pique selepas perlawanan minggu lalu, sesuatu yang dipersetujui Koeman. "Kami mesti realistik," katanya. — AFP Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI