JUARA Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2021, Daniil Medvedev, memberitahu dia sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia membenci bekas pemain nombor satu dunia Roger Federer. Katanya perkara diungkapkan olehnya semasa zaman kanak-kanak kerana sering melihat pemain itu memenangi setiap perlawanan yang disertainya. "Saya benci Roger. Saya tidak boleh melihatnya menang lagi. "Jika dia ada dalam perlawanan tenis, saya akan bersorak untuk pemain lawan yang bertemu dengannya," katanya. Medvedev berkata demikian kepada media selepas kempen Terbuka Amerika Syarikat 2021. Tambahnya pemain nombor dua dunia itu, meskipun dia menggelar pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic sebagai pemain terhebat sepanjang masa, dia pernah memberitahu bahawa Federer adalah lawannya yang paling sukar. Dalam kejohanan berkenaan, Medvedev menumpaskan Djokovic di final. Dia juga selepas ini akan memberi fokus untuk perlawanan seterusnya dalam siri Laver Cup 2021. Dalam pada itu, Federer juga dikatakan masih berbisa menerusi penampilannya dalam kejohanan berkenaan. Dalam perlawanan bertemu pemain Uzbekistan, Denis Istomin, Federer berjaya menumpaskan pemain itu dengan kemenangan 6-2, 6-4, 6-3 dalam satu jam dan 33 minit. Perlawanan itu merupakan penampilan keempat untuk lagenda Switzerland itu setelah Terbuka Australia tahun lalu. — Agensi[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]