suria

Tuchel gembira Chelsea lebarkan rekod tanpa kalah

TUCHEL berkata, dia lihat pemain sering kehilangan bola selain dilihat adakalanya seperti kekurangan tenaga bagi mengekang asakan lawan. — Agensi

CHELSEA yang terus melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan Tottenham Hotspur pada Ahad, sekali gus membuatkan pengendalinya, Thomas Tuchel gembira.

Meskipun berkongsi 13 mata dengan Liverpool dan Manchester United, Tuchel berkata, kemenangan di gelanggang lawan itu sangat berharga buat The Blues bagi mengukuhkan cengkaman dalam saingan di puncak EPL.

“Saya gembira dengan kemenangan ini, tetapi saya tidak berpuas hati dengan aksi yang dipersembahkan pemain dalam tempoh 45 minit yang pertama.

“Saya lihat pemain sering kehilangan bola selain dilihat adakalanya dilihat seperti kekurangan tenaga bagi mengekang asakan lawan.

“Oleh itu, ia perlu diperbaiki untuk pasukan ini mencatatkan lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Thiago Silva membuka jaringan buat Chelsea pada minit ke-49, diikuti N’Golo Kante (min-57) dan Antonio Rudiger pada masa kecederaan.

Mengulas mengenai tindakannya mengeluarkan penyerang, Mason Mount dan membawa masuk N’Golo Kante, Tuchel menjelaskan, ia bertujuan bagi mengubah sedikit percaturan taktikal pasukan.

Katanya, percaturan itu menjadi apabila Kante turut membantu kemenangan Chelsea dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-57.

“Memang sukar untuk membuat keputusan mengeluarkan Mason kerana dia beraksi agak baik; namun ia tetap dibuat bagi mengubah sedikit percaturan taktikal ini.

“Saya mahu memastikan The Blues lebih banyak menyerang dan hasilnya agak membanggakan kerana memberikan kemenangan buat pasukan,” katanya. — EuroSport

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Chelsea, Thomas Tuchel, Tottenham

Artikel Lain