suria

"Rutin melutut meletihkan..." Alonso pilih cara lain sokong kempen Black Lives Matter

ALONSO selesa dengan caranya menyokong gerakan Black Lives Matter kerana mesej yang ingin disampaikan akan lebih jelas. — Agensi

PEMAIN pertahanan Chelsea, Marcos Alonso memberitahu bahawa dia tidak akan lagi berlutut sebagai tanda sokongan untuk gerakan Black Lives Matter kerana menyifatkan rutin itu sebagai 'sedikit meletihkan'.

Sebaliknya pemain berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa dia akan berdiri untuk menunjukkan lencana No Room For Racism di lengan kitnya sebagai tanda sokongan.

"Saya lebih suka melakukannya dengan cara ini dan, tentu saja, untuk mengatakan dengan jelas bahawa saya menentang perkauman dan saya menghormati semua orang.

"Saya fikir ia (melutut) kurang menyampaikan mesej dengan cara lain, jadi saya lebih suka melakukannya dengan cara ini," katanya.

Rutin melutut tersebut dilakukan oleh semua pemain dan kakitangan sebelum perlawanan dimulakan sejak liga kembali beraksi pada bulan Jun tahun lalu.

Dalam Liga Perdana pada Ahad, Chelsea berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan perlawanan 3-0.

Chelsea berada di tangga teratas selepas lima perlawanan liga dan akan menerima kunjungan Aston Villa pada Rabu bagi aksi Piala Liga. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berikut

Artikel Lain