PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski secara berseloroh mahu orang ramai memanggilnya sebagai 'Robert LewanGOLDski' selepas pemain itu meraih anugerah Kasut Emas Eropah.Lewandowski tampil cemerlang pada saingan musim 2020/2021 apabila meledak 48 gol untuk kelab berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rating tertinggi pemain FIFA 22 didedah, Lewandowski pintas RonaldoARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo buat keputusan tepat pilih kembali ke Manchester United - RivaldoPemain berusia 34 tahun itu mengatasi Lionel Messi (30 gol), Cristiano Ronaldo (29 gol) dan Harry Kane (23 gol).Susulan kejayaan itu, Lewandowski memuat naik gambarnya memegang trofi terbabit di Instagram dengan kapsyen: "Hari ini, anda boleh memanggilku Robert LewanGOLDski. Terima kasih atas sokongan." Status berseloroh yang dimuat naik oleh Lewandowski — Instagram Lewandowski Sementara itu, Lewandowski menulis di Twitter, dia sangat bangga meraih anugerah berkenaan dan menyifatkan kejayaan terbabit adalah hasil kerjasama sebuah pasukan.Paling manis, ini merupakan trofi Kasut Emas Eropah pertama sepanjang kariernya.Sejak menyertai Bayern pada 2014, Lewandowski menjaringkan 305 gol bersama Die Roten.Musim ini, pemain berkenaan mencetak 11 gol di semua kejohanan termasuk tujuh gol di Bundesliga. — Detik[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]