TIGA kekalahan dalam empat perlawanan terakhir tentunya memberi tamparan hebat buat Manchester United yang dilihat bermula garang pada awal musim. Bagaimanapun, Man.United sebenarnya tidak longlai di barisan serangan apabila merekodkan 55 percubaan dalam dua perlawanan terakhir kelab berpangkalan di Manchester itu. ARTIKEL BERKAITAN: "Umur 40 tahun belum cukup tua..." Ole yakin kemampuan Ronaldo ARTIKEL BERKAITAN: Bruno gagal jaring penalti, Ole salahkan penjaga gol lawan Sewaktu menentang West Ham pada Piala Liga, Man.United mencatatkan 27 percubaan tetapi cuma enam sahaja tepat ke arah pintu gol. Ketika tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu pula, Man.United merekodkan 28 percubaan tetapi empat sahaja tepat ke arah gawang. Malang sekali bagi skuad The Red Devils apabila kesemua percubaan itu gagal diterjemahkan menjadi sebarang jaringan sekali gus menimbulkan keraguan tentang tahap barisan serangan skuad itu yang dibarisi oleh Cristiano Ronaldo. "Saya berpendapat, United tidak bermain sebagai satu pasukan. Mereka memiliki pemain berkelas dunia dan pengurus yang bagus. "Tetapi mereka tidak dilihat bermain sebagai sebuah pasukan," kata bekas pemain United, Gary Neville. United akan melayan kunjungan kelab Sepanyol, Villareal untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Khamis dan Everton untuk saingan liga domestik pada Sabtu. — DetikDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI