PENGURUS Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo meninggalkan temu bualnya bersama media tempatan Britain di padang Stadium Emirates selepas pasukannya dibenam 1-3 oleh Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad. Santo dikatakan melakukan perkara itu kerana tidak tahan dengan kemarahan penyokong terhadapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Saint-Maximin 'tak puas hati' Bruce lebih laju ARTIKEL BERKAITAN: Gunes bengang dituduh gila kamera, sekadar pose cantik dalam gelanggang bola tampar Temubual itu kemudian dipindahkan ke sebuah bilik di dalam stadium. Dalam temubual itu, Santo mengakui dia memilih pasukan yang salah sambil menegaskan pemainnya tidak cukup agresif. "Prestasi pemain di padang tidak bagus. "Perancangan mereka di padang tidak bagus membawa kepada keputusan yang tidak baik. Oleh itu, ia bukan hari yang baik untuk kami. Pasti bukan hari yang baik," katanya. Tambahnya lagi, dia mengambil tanggungjawab dalam menentukan pemain yang tepat untuk pelan permainan yang telah dirancang. Bagaimanapun katanya, ada pemain yang tidak mengikut pelan tersebut. "Kami tidak cukup agresif untuk mengawal Arsenal di bahagian tengah. Oleh itu, pasukan berdepan kesukaran untuk melaksanakan serangan. "Ada pemain yang membuat percaturan sendiri di padang tanpa mengikut pelan yang telah dirancang," ujarnya yang tidak menyatakan nama pemain tersebut. Kekalahan kepada Arsenal menjadikan Spurs menyulam rekod tewas dalam tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka. Dalam perlawanan itu Arsenal telah membenamkan hasrat Tottenham untuk meraih kemenangan dengan tiga gol yang disumbangkan oleh Emile Smith Rowe, Pierre-Emerick Aubameyang dan Bukayo Saka. Tottenham selepas ini akan beraksi menentang Mura di Liga Persidangan UEFA Europa pada Khamis. Mereka sebelumnya seri 2-2 dengan Rennes di pertandingan sama awal bulan lalu. Spurs memerlukan kemenangan untuk meningkatkan peluang mereka ke pusingan berikutnya. — Agensi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI