MANCHESTER United berjaya mendapatkan pemain muda, Harrison Parker yang dikatakan mempunyai bakat besar apabila kontraknya tamat bersama Arsenal pada musim panas ini. Parker, 15, mendedahkan perpindahannya ke United di laman Instagram pada Isnin, yang mengesahkan bahawa dia memperoleh kontrak bersama kelab itu setelah melakukan percubaan. Dia memuat naik gambar dirinya dengan jersi United bernombor 5 selain bercakap mengenai keterujaannya untuk berpindah. ARTIKEL BERKAITAN: "Paling mudah pecat Koeman..." Busquest akui semua pemain perlu bertanggungjawab ARTIKEL BERKAITAN: Djokovic tarik diri Terbuka BNP Paribas "Teruja secara rasmi menyertai @manchesterunited. Kisah baru kini bermula dan usaha keras akan diteruskan." Remaja itu memutuskan untuk keluar dari The Gunners awal tahun ini dan merealisasikan hasratnya itu apabila menolak baharu kelab London itu. United bergelut untuk memancing pemain muda England ke kelab itu, tetapi dengan kehadiran Parker kini bakal membuka ruang untuk menari lebih ramai pemain berbakat ke Old Trafford. — Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI