ENGLAND terpaksa menarik diri dari Kejohanan Badminton Piala Thomas yang bakal membuka tirai pada hari sabtu ini berikutan kecederaan yang menimpa pemain perseorangan mereka. Persatuan Badminton England dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa mereka terpaksa menarik diri berikutan tiga daripada empat pemain perseorangan mengalami kecederaan. ARTIKEL BERKAITAN: Atlet catur wanita berang gara-gara perlawanan ditaja oleh klinik bedah payudara ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bergelar guru... minat berniaga dorong buka pasar basah, mahu bantu usahawan kecil lebarkan bisnes Katanya, masalah kecederaan yang dialami pemain, menyebabkan England tidak dapat membariskan pasukan yang kompetitif justeru dengan berat hati mereka terpaksa menarik diri. "Kecederaan yang dialami beberapa pemain utama bermakna Pasukan Badminton England sukar untuk membariskan pasukan yang kompetitif sekali gus terpaksa mengambil keputusan sukar iaitu untuk menarik diri," katanya. Mereka tidak menamakan pemain tersebut namun pemain perseorangan England adalah Toby Penty (rangking ke 51), Johnnie Torjussen (205), Harry Huang (319) dan Ethan Rose (No. 436). England diundi dalam Kumpulan D bersama skuad badminton negara, Jepun dan Kanada. Kejohanan Piala Thomas kali ini dijadual berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI