suria

Langgar arahan mahkamah untuk jauhi isterinya, Hernandez berdepan hukuman penjara enam bulan

Hernandez diperintahkan untuk menjalani program-program khidmat komuniti selama 31 hari akibat bergaduh dengan teman wanitanya pada tahun 2017. Pasangan tersebut turut dilarang mendekati satu sama lain atau berkomunikasi selama enam bulan.

TONGGAK pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez berdepan hukuman penjara selama enam bulan setelah didapati mengingkari perintah larangan untuk berjumpa dengan isterinya.

Pemain Perancis berusia 25 tahun diperintahkan untuk hadir ke mahkamah di Madrid pada 19 Oktober bagi menjalani hukuman penjara dalam tempoh 10 hari, selepas dia dikatakan melanggar perintah larangan untuk tidak berada berhampiran atau berkomunikasi dengan isterinya.

Difahamkan, perintah larangan dikenakan dikeluarkan terhadap Hernandez pada tahun 2017 apabila dia terlibat dalam satu pergaduhan dengan isterinya.

Wanita terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Walaupun mereka yang pada ketika itu masih belum berkahwin tidak melaporkan perkara terbabit, pihak pendakwaraya di Sepanyol tetap menjatuhkan hukuman kepada pasangan terbabit.

Hernandez diperintahkan untuk menjalani program-program khidmat komuniti selama 31 hari dan pasangan terbabit juga dilarang untuk mendekati satu sama lain atau berkomunikasi untuk tempoh enam bulan.

Hernandez ditahan di lapangan terbang Madrid pada tahun 2017 kerana melanggar perintah larangan tersebut ketika pulang berbulan madu bersama wanita yang sudah dijadikan isterinya.

Wanita terbabit bagaimanapun tidak ditahan memandangkan perintah larangan tersebut masih belum dikeluarkan secara rasmi kepadanya.

Hernandez dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2019.

Hernandez bagaimanapun dikatakan telah mengemukakan rayuan berhubung perkara berkenaan namun ditolak mahkamah Madrid.

Dia kini sedang membuat rayuan sekali lagi. - Eurosport.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan