BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar, tidak lama lagi. Mereka turut berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di laman Instagram masing-masing. "Berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami sedang menantikan sepasang anak kembar. "Hati kami penuh dengan kasih sayang - kami tidak sabar untuk bertemu kamu," demikian kapsyen pada hantaran berkenaan. Di samping hantaran tersebut, Ronaldo, 36, dilihat memegang imej imbasan bayi di samping Georgina di sebelahnya. Untuk rekod, ini adalah kali kedua Ronaldo menimang cahaya mata kembar. Kapten Portugal itu sebelum ini menjadi bapa kepada anak kembar yang diberi nama Eva dan Mateo yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang pada 2017. Dengan pengumuman terbaharu itu, Ronaldo bakal menjadi bapa kepada enam anak di samping Cristiano Jr, 11; kembar Eva dan Mateo, 4, dan Alana Martina, 3, satu-satunya anak yang ditimang bersama Georgina. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI