PERLAWANAN Angola menentang Mesir terpaksa dihentikan sebanyak tiga kali apabila penyokong tuan rumah menyerbu padang untuk mengambil selfie bersama bintang Liverpool Mohamed Salah. Salah diserbu ketika pasukan Mesir bangkit dari ketinggalan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium 11 de Novembro. Polis terpaksa dipanggil untuk menyuraikan penyokong yang jelas teruja untuk bergambar bersama pemain paling terkenal di benua Afrika itu. Sekalipun beberapa kali terganggu, Salah menjadi inspirasi buat rakan sepasukannya untuk mengutip satu mata yang diperlukan bagi menggungguli Kumpulan F dengan baki satu perlawanan. - Topskor Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI