suria

Tak ikut jejak langkah AS, Korea Selatan enggan boikot Olimpik Beijing 2022

Presiden Korea Selatan, Moon Jae In. Foto: AFP.

PENGANJURAN Olimpik Beijing 2022 pastinya ditunggu-tunggu oleh atlet di seluruh dunia.

Namun, Amerika Syarikat (AS) bakal memboikot penganjuran itu sebagai tanda membantah penganiayaan hak asasi manusia di China.

Dalam perkembangan terbaharu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae In berkata, negara itu tidak akan mengikuti jejak langkah AS untuk memboikot sukan berkenaan.

"Pihak kami tidak menerima sebarang permintaan daripada negara-negara lain, termasuk AS, untuk mengambil bahagian dalam boikot diplomatik itu," ujar beliau ketika lawatannya ke Canberra.

Selain AS, negara lain seperti Australia, Britain dan kanada turut mengumumkan menarik diri daripada acara tersebut.

Boikot itu diadakan sebagai langkah membantah penganiayaan terhadap kaum minoriti Uyghur di Xinjiang dan juga sekatan demokrasi di Hong Kong. - Mediacorp.SG.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain