suria

Messi, tiga pemain PSG positif Covid-19

Messi menjalani kuarantin di Argentina.

PENYERANG Paris St Germain (PSG) Lionel Messi dan tiga pemain lain diuji positif Covid-19, kata kelab Ligue 1 Perancis itu pada Ahad.

Messi menyertai PSG dari Barcelona pada Ogos dan pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan enam gol dalam 16 penampilan bersama kelab setakat ini.

Pemain pertahanan Juan Bernat, penjaga gol simpanan Sergio Rico dan pemain tengah Nathan Bitumazala turut diuji positif virus berkenaan.

PSG berkata empat pemain itu kini sedang menjalani kuarantin dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sewajarnya.

Pengurus, Mauricio Pochettino berkata dia tidak pasti jika Messi, yang kini berada di Argentina, akan beraksi dalam perlawanan liga seterusnya di Olympique Lyonnais pada 9 Januari.

"Messi sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan kami dan apabila ujian saringannya negatif, dia akan kembali ke Perancis tetapi kami tidak tahu lebih daripada itu. Saya tidak tahu sama ada dia akan beraksi menentang Lyon.

"Sehingga dia diuji negatif di Argentina, dia tidak akan dapat kembali ke Perancis. Jadi semuanya bergantung kepada ujian dari segi bila dia boleh kembali. Kami akan menilai apabila dia bersedia untuk bermain," katanya. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain