TAMMY Sytch, bekas diva WWE yang dikenali dengan nama Sunny pada era 1990-an ditahan kerana mengugut untuk membunuh suaminya. Menurut polis di New Jersey, Sytch ditahan pada Khamis lalu kerana mengugut untuk membunuh suaminya dengan sebilah gunting. Dia dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dalam pertelingkahan yang berlaku di antara mereka. Kata polis, punca pergaduhan tidak dapat dipastikan, namun Sytch berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika pertengkaran itu berlaku. Dia berhadapan pertuduhan ancaman keganasan dan pemilikan senjata. Untuk rekod, bekas peninju itu juga pernah ditahan sebanyak enam kali atas kesalahan memandu ketika sedang mabuk. Sytch memulakan kerjayanya dalam dunia WWE pada 1992 dan bersara pada tahun 1998. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI