BEKAS bintang UFC, Maiquel Falcao dilaporkan meninggal dunia pada usia 40 tahun selepas ditikam di sebuah bar di Brazil. Menurut MMA Fighting, Falcao dikatakan maut di kampung halamannya di Pelotas pada pagi Ahad. Beliau dipercayai ditikam beberapa kali di perut dalam kejadian mengejutkan di sebuah bar sebelum dikejarkan ke hospital pada kira-kira pukul 3 pagi. Polis tempatan kini menjalankan siasatan, dengan Balai Polis Kecemasan (DPPA) perbandaran mengesahkan butiran tersebut kepada saluran berita tempatan Gaucha ZH. Falcao ditemui dengan dua kesan tikaman di perutnya di luar bar dan dibawa ke Hospital de Pronto-Socorro de Pelotas. Beliau bagaimanapun gagal diselamatkan. Falcao bertanding dalam pertarungan sangkar selama hampir dua dekad, menghimpun rekod 40-20 dengan satu pertandingan bukan sebagai profesional. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI