suria

Antara Ronaldo, Messi dan Neymar, siapa paling ramai pengikut palsu di Instagram?

Tiga bintang bola sepak ini disenaraikan sebagai individu yang mempunyai jumlah pengikut palsu yang ramai di Instagram.

DARI bisnes bidang perhotelan, restoran, jenama seluar dalam sehinggalah ke klinik rambut, Ronaldo berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mengumpul kekayaan walaupun selepas dia menggantung but.

Walau bagaimanapun, salah satu sumber pendapatannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah melalui media sosial terutamanya, Instagram.

Bintang Manchester United itu menjadi individu yang paling banyak diikuti di platform tersebut, di mana setakat ini dia mengumpul seramai 403 juta pengikut.

Ronaldo adalah atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi di platform media sosial tetapi, menurut laporan di The Sun, ia tidak seperti yang kelihatan.

Salah satu faktornya adalah kebangkitan akaun bot (akaun yang tidak dikawal manusia) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan nampaknya Ronaldo juga tidak terkecuali.

Malah, The Sun menganggarkan bahawa Ronaldo mempunyai 92 juta pengikut palsu, di mana ia bukan kesalahannya sendiri.

Lionel Messi yang mengumpul seramai 307 juta pengikut di Instagram, disenaraikan sebagai bintang bola sepak yang mempunyai jumlah pengikut palsu kedua tertinggi selepas Ronaldo, dengan 70 juta pengikut palsu.

Menduduki tangga ketiga adalah Neymar, yang mempunyai 34 juta pengikut palsu.

Selain tiga bintang berkenaan, beberapa bintang bola sepak terkenal lain turut disenaraikan sebagai individu yang mempunyai pengikut palsu yang ramai antaranya Kylian Mbappe, Sergio Ramos, Gareth Bale, Zlatan Ibrahimovic, Karim Benzema, Mohamed Salah dan Luis Suarez. - Givemesport.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain