suria

Mahu Lewis Hamilton kemalangan, marshal F1 dipecat... akhirnya mohon maaf

SEORANG marshal Formula 1 yang dijadualkan bekerja di Grand Prix Arab Saudi pada hujung minggu ini dilaporkan telah dipecat selepas menghantar tweet yang mengatakan dia 'berharap' Lewis Hamilton mengalami kemalangan.

Menerusi akaun Twitter @Heem4U, pengguna tersebut turut menyiarkan gambar juara dunia tujuh kali itu dengan menulis dia 'berharap' bintang Mercedes itu mengalami kemalangan serupa dengan Romain Grosjean semasa kemalangan bola apinya di Grand Prix Bahrain 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Marc Marquez alami gegaran otak ringan, legenda perlumbaan terkejut lihat detik kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ozil dikeluarkan dari skuad Fenerbahce, pasukan dakwa berlaku pertengkaran dengan pengurus

Difahamkan, lelaki tersebut telah disingkirkan daripada jawatannya selepas membangkitkan isu itu dengan FIA serta penganjur perlumbaan Ahad.

Bagaimanapun, dia kemudiannya membuat permohonan maaf kepada Hamilton dan mendedahkan dia menarik diri daripada perlumbaan Ahad di litar Jeddah.

"Saya memohon maaf kepada Persekutuan Sukan Permotoran dan Motosikal Saudi," ciapnya di Twitter.

Terdahulu, pemilik akaun memaparkan banyak video berkaitan sukan berkenaan termasuk pitstop AlphaTauri dan beberapa siri gambar trofi yang diedarkan pada musim ini.

Ketua F1 bagaimanapun telah mengesahkan Grand Prix masih akan diteruskan seperti yang dirancang, selepas pemanduan dilengahkan dalam pertemuan hampir empat jam di paddock untuk membincangkan sama ada ia masih perlu diadakan atau tidak. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain