RUMAH agam milik David dan Victoria Beckham bernilai £40 juta (RM221 juta) diceroboh individu bertopeng ketika pasangan terkenal itu berada di kediaman mereka. Pasangan tersebut dilaporkan tidak sedar ketika pencuri memecah masuk ke dalam bilik tidur tingkat atas di rumah agam mereka yang terletak di Holland Park, barat London. Difahamkan David, Victoria dan anak perempuan mereka, Harper yang berusia sepuluh tahun berada di dalam rumah agam itu ketika kejadian itu berlaku. Kejadian disedari anak lelaki Beckham, Cruz ketika dia pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya. Menurut laporan The Sun, Cruz, 17, melihat kaca berselerakan di atas lantai daripada tingkap yang dipecahkan. Dia segera memberitahu ibu bapanya yang kemudiannya menghubungi polis. Didakwa penceroboh berkenaan telah melarikan diri dengan barangan elektrik dan barangan berjenama lain. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI