IBU kepada kanak-kanak yang didakwa diserang bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo berkata, anaknya berada dalam keadaan terkejut dan mungkin tidak akan menghadiri perlawanan lain akibat insiden itu. Rakaman yang muncul di media sosial menunjukkan Ronaldo memecahkan objek yang dipercayai telefon bimbit daripada tangan penyokongnya ketika dia menyusuri terowong berikutan kekalahan 1-0 kepada Everton di Goodison Park. ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan peminat sanggup bersengkang mata tengok ‘live’ Andi Bernadee tidur pakai baju kelawar ARTIKEL BERKAITAN: Teruja nampak kelibat Ronaldo dan keluarga, peminat kerumun kapal layar sambil menyanyi Sarah Kelly memberitahu, dia membawa anaknya Jake Harding yang berusia 14 tahun ke Goodison untuk menyaksikan pasukannya buat kali pertama dan duduk di belakang gol yang berhampiran terowong di mana kedua-dua pemain akan berjalan di penghujung permainan. "Pada sepenuh masa pemain Man United mula beredar. Kami berada di Park End jadi kami betul-betul di tepi terowong yang mereka lalui dan anak saya berada di sana untuk merakamkan mereka semua. "Dia merakam semua pemain United berjalan dan kemudian menurunkan telefonnya kerana Ronaldo telah menarik stokin kerana kakinya berdarah. Dia menurunkan telefonnya untuk melihat apa itu tapi dia tidak bercakap pun," jelasnya sambil menyatakan telefon yang dihempas adalah milik anaknya. Jake merupakan penghidap autistik. Sarah juga mendakwa Ronaldo telah menyerang Jake dan menyebabkan tangan anaknya lebam. "Ronaldo kemudiannya berlalu begitu sahaja, dengan perangai yang amat menakutkan dan memecahkan telefon dari genggaman tangan anak saya," ujarnya. Tambah Sarah, Jake merupakan penghidap autistik dan mengalami dyspraxia berada dalam keadaan terkejut dan mengakui bahawa ia benar-benar merosakkan pengalaman pertamanya menonton kejohanan bola sepak secara langsung. Dalam pada itu, Ronaldo dikatakan membuat permohonan maaf menerusi akaun Instagram rasminya. Beliau juga menyatakan kesal dengan tindakan tersebut yang dibuat berlandaskan emosi. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI