suria

Peninju remaja, Ali Tazeem maut dalam kemalangan tragis

Ali Tazeem meninggal dunia dalam kemalangan tragis pada pagi Ahad.

SEORANG peninju remaja yang digelar bakal pelapis 'Amir Khan' dilaporkan meninggal dunia secara tragis dalam kemalangan kereta, pagi Ahad.

Menurut laporan, kereta yang dinaiki Ali Tazeem, 18, bertembung dengan sebuah bas di persimpangan berdekatan Birmingham.

Dalam insiden tragis itu, tiga orang dilaporkan cedera parah, dengan Tazeem satu-satunya mangsa yang maut.

"Ia berita yang sangat buruk. Kami semua berasa sangat terkejut dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

"Dia seorang pejuang istimewa yang akan meneruskan dan melakukan perkara yang hebat," kata ejen tinju Sam Jones kepada media tempatan.

Ucapan takziah daripada peminat sukan tinju dan warganet mencurah-curah di media sosial yang menangisi berita pemergian Tazeem.

Tazeem, peninju kelahiran Wolverhampton, dinilai sebagai salah seorang atlet muda Britain yang paling berpotensi dan mampu melangkah jauh.

Disifatkan mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan tinju selepas memenangi 15 pingat emas di peringkat antarabangsa, dia baharu sahaja 'diikat' oleh Probellum sekitar tiga minggu lalu. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain