PENINJU wanita Julianna Pena menegaskan dia tidak perlu menanggalkan pakaiannya untuk menjadi bintang terkenal. Berbeza dengan sebilangan peninju wanita lain yang sanggup berbogel dan tampil menerusi platform OnlyFans, Pena berkata dia tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka. "Memang mudah untuk menanggalkan pakaian anda dan 'berniaga' di Instagram dengan menjadi model seksi. "Tapi saya mahu melakukannya dengan cara yang ada kelas. Saya tidak perlu menanggalkan pakaian saya untuk membuat orang melabur dalam apa yang saya lakukan," ujarnya. Menurut Pena, dia juga enggan mencemarkan maruahnya dengan berpakaian seksi kerana tidak mahu menjadi contoh buruk kepada anaknya. "Saya mempunyai seorang anak perempuan dan saya mahu menunjukkan contoh yang baik untuknya. Saya tidak mahu dia buka Instagram dan melihat ibunya separuh bogel. "Saya tidak halang orang lain untuk melakukan hal itu, anda boleh ikut cara anda yang dirasakan betul. Tetapi bagi saya, ia meletakkan saya dalam situasi di mana saya perlu memasarkan diri saya dengan cara yang berbeza, bukan dengan menanggalkan pakaian saya dan menjual elemen seks," ujar peninju UFC itu lagi. Pena akan kembali beraksi di UFC 277 pada 30 Julai dengan perlawanan timbal balik menentang bintang MMA Amanda Nunes. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI