suria

Kemaluan terkeluar ketika berlari, atlet 400m Itali catat tempat terakhir

Nonino terpaksa memperlahankan larian kerana kemaluannya kelihatan terkeluar.

SEORANG atlet Itali berakhir di tempat terakhir dalam perlumbaan 400 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 selepas membuat keputusan terburu-buru.

Alberto Nonino bermula dengan penuh harapan dan melepasi dua pesaing dengan gaya hebat di selekoh terakhir.

Bagaimanapun pada laluan lurus terakhir dia perlahan dengan ketara dan dirakam mencengkam kelangkangnya sehingga enam kali sehingga menyebabkan pesaing berjaya melepasinya.

Jom singgah ke TikTok mStar!

@mstarmalaysia Ikuti kisah Encik Tan dalam menggubah seni tradisional origami kepada karya seni yang boleh pakai ala Malaysia Leret ke atas untuk menonton video penuh sekarang!#mstar ♬ original sound - mStar Official

Ekoran situasi yang dialami, atlet berusia 18 tahun berkenaan menamatkan saingan di bahagian belakang pek.

Perkara itu didedahkan wartawan sukan David Sanchez de Castro menerusi tweet bersama rakaman memalukan dengan kapsyen Nonino: Kejohanan Olahraga Dunia U20 di Cali, Colombia.

Dia turut menjelaskan bahawa "Kemaluan atlet telah terkeluar dari sisi seluar pendeknya dan dia terpaksa memegangnya sehingga tidak dapat berlari dengan baik."

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain