suria

Angkara semut api! Bekas bintang WWE, Eva Marie dikejarkan ke jabatan kecemasan kerana alahan serius

Eva Marie terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami alahan teruk akibat gigitan semut api.

BEKAS bintang WWE, Eva Marie terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami tindak balas 'anafilaksis' selepas digigit semut api di ladangnya.

Bekas ahli gusti dari Amerika Syarikat berusia 37 tahun itu berkongsi keadaan dirinya yang sedang menerima rawatan di bilik kecemasan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, jelas kelihatan bahagian belakang tubuhnya dipenuhi dengan bintik merah akibat tindak balas alahan.

"Apabila anda mengalami reaksi alahan teruk terhadap semut api dan berakhir di jabatan kecemasan," tulisnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen Eva mengesahkan dia mengalami tindak balas 'anafilaksis'.

Anafilaksis merupakan suatu reaksi alahan yang amat serius yang terjadi secara tiba-tiba dan boleh membawa maut.

Situasi ini terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang membuatkannya alah seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain