JERMAINE Jenas digantung lesen selama enam bulan selepas ditangkap menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Bekas pemain tengah Newcastle dan England itu melakukan kesalahan berkenaan ketika memandu Range Rover miliknya di Stanmore, utara London pada 14 Oktober 2021. Dia juga pernah ditangkap memandu laju pada 4 Mac lalu. Jenas mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Majistret Willesden awal bulan ini. Selain dilarang memandu selama enam bulan, bekas bintang Tottenham itu turut dikenakan enam mata penalti dan denda £660 (RM3,619) kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Dia turut dikenakan denda tambahan £1,410 (RM7,733), tiga lagi mata penalti dan diperintahkan membayar £231 (RM1,266) kerana memandu laju. ARTIKEL BERKAITAN: Lima Pemain, Dua Persatuan Kena Denda Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa England itu bermain 21 kali untuk negaranya sepanjang 2003 dan 2009. Dia melalui fasa kerjaya yang baik di peringkat teratas, walaupun terjejas akibat kecederaan. Bermula di Nottingham Forest, Jenas membuat 350 penampilan untuk Newcastle dan Tottenham sebelum bermain di Aston Villa, Forest dan QPR. Sejak bersara, Jenas beralih ke bidang media, mengulas bersama untuk BT Sport serta muncul sebagai hos untuk MOTDx BBC. Pada tahun 2020, dia juga mula bertugas sebagai pengacara untuk program The One Show untuk BBC. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI