SETELAH berdepan dengan pandemik Covid-19 sekian lama, kejohanan piala dunia Fifa yang berlangsung di Qatar musim ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di serata dunia. Namun, tempat penginapan rasmi buat peminat bola sepak di Rawdat Al-Jahhaniya, didakwa seperti ‘kotak kasut’ dan mengecewakan ramai pihak. Apabila melihat pada gambar dikongsikan, sebahagian besar peminat meluahkan rasa marah dan kecewa dengan kemudahan penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Kediaman kabin disediakan ini berharga sekitar £185 (RM1002) semalaman. Malah, kediaman kabin disediakan ini berharga sekitar £185 (RM1002) semalaman, yang dibuka itu bukanlah seperti yang mereka bayangkan. Menerusi laporan ditulis MailOnline, ruang kediaman kabin kelihatan sempit, tiada pengudaraan yang baik dan bersaiz kecil dengan pemandangan tapak pembinaan serta longgokan sampah. “Ini bukan cara untuk melayan pengunjung dari mana-mana negara. “Kami telah membayar begitu banyak wang untuk sampai ke sini,” tulis pelayar di media sosial. Bukan itu sahaja, kemudahan di sekitar kawasan kabin yang dijanjikan juga tidak kelihatan. Dalam pada itu, penempatan peminat itu difahamkan turut disediakan dengan gelanggang tenis dan skrin pawagam, namun kedua-dua fasiliti terbabit masih belum dapat dilihat oleh peminat bolasepak. Pusat kecergasan atau gimnasium pula hanya memiliki beberapa peralatan senaman luar berhampiran pintu masuk utama. Selain itu, terdapat van Starbucks mudah alih disediakan dan sebuah dewan makan berkhemah yang besar di perkampungan menepatkan peminat ini. -Mail Online Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI