BINTANG bola sepak Argentina, Lionel Messi menjadi perhatian apabila kelab Arab Saudi, Al Hilal mahu menawarkan kontrak mega berjumlah £245 juta (RM1.29 bilion) setahun. Kebetulan pula, pemain berusia 35 tahun itu mempunyai baki kontrak enam bulan di Paris Saint-Germain (PSG) dan mungkin akan meninggalkan kelab Ligue 1 pada musim panas ini. Seandainya Messi menerima tawaran daripada Al Hilal, menjadikan dirinya bakal meraih RM370 juta lebih daripada pendapatan bintang Cristiano Ronaldo yang cuma menerima £173 juta (RM915 juta) setahun daripada Al Nassr. ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo sertai Al Nassr, tinggalkan Manchester United dengan penuh kontroversi Ini sekaligus menjadikan bintang sukan itu menerima bayaran paling tinggi di dunia. Untuk rekod, Al Hilal kini menduduki tangga ketiga Liga Pro Arab Saudi, tiga mata di belakang pendahulu Al Nassr. Bagaimanapun, di sebalik tawaran besar daripada negara Arab, PSG dijangka terus menjadi pilihan pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu. Difahamkan, sepanjang 20 penampilan bersama PSG, Messi telah menjaringkan 13 gol dan 14 bantuan gol selain turut cemerlang di Piala Dunia Qatar dengan jaringan tujuh gol. - MARCA Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI