suria

Kekasih Pique terpaksa dirawat kerana serangan ‘anxiety’ gara-gara lagu baru Shakira

Clara Chia didakwa mendapatkan rawatan di hospital kerana serangan 'anxiety'.

BARU-BARU ini penyanyi Columbia, Shakira melancarkan lagu baru, 'BZRP Music Sessions Vol 53' bersama penyanyi rap, Bizarrap.

Ia dikatakan salah satu lagu terbaru Shakira yang diilhamkan oleh perpisahannya dengan bekas pemain bola sepak Sepanyol, Gerard Pique.

April tahun lalu, Shakira juga pernah mengeluarkan satu lagu berjudul Te Felicito (I Congratulate You) dengan liriknya seolah-olah mengiakan khabar angin yang sedang bertebaran berkenaan rumah tangganya.

Walaubagaimanapun, dikhabarkan lagu terbaharu Shakira bukanlah tentang Pique, tetapi mengenai teman wanita kepada lelaki itu, Clara Chia.

Clara dikatakan tidak selesa dengan perkara tersebut sehingga dia memerlukan bantuan psikologi.

"Mereka menghalangnya di jalan untuk bertanya siapa dia, mereka menyanyikan lagu itu kepadanya, semua orang mengenalinya," kata wartawan hiburan, Lorena Vazquez dari 'Mamarazzis'.

Menurutnya lagi, Clara terpaksa dirawat di sebuah hospital di Barcelona selepas mengalami serangan kecemasan (anxiety attack) akibat apa yang sedang dilaluinya.

"Clara mendapatkan rawatan di Hospital Quironsalud, ​​dengan tujuan supaya doktor dapat memantau kesihatannya kerana situasi yang dilaluinya menjejaskan pernafasannya secara serius," dedah Lorena dan Laura Fa dalam podcast mereka 'El Periodico'. - Marca

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain