suria

Prestasi pasukan hambar, pengurus Chelsea akui terima ancaman bunuh

Graham Potter kesal kerana menerima ancaman bunuh dari penyokong. Foto: Sky Sports

PENGURUS Chelsea tertekan, Graham Potter akui menerima kiriman emel yang mengancam dirinya dan keluarga.

Potter mendedahkan hari ini bahawa dia menjadi sasaran akaun tidak dikenali selepas satu lagi persembahan mengecewakan Chelsea yang tewas 1-0 di laman sendiri berdepan Southampton hujung minggu lalu.

Chelsea kini di kedudukan ke-10 dan hanya menang dua daripada 14 aksi terakhir mereka.

Penyokong meminta Potter dipecat selepas kekalahan di tangan Southampton ketika serangan secara peribadi di media sosial juga bertambah.

Namun lebih membimbangkan bagi Potter, ancaman juga dihantar secara terus kepada bekas pengendali Brighton itu yang menggantikan Thomas Tuchel pada September.

"Anda boleh tanya keluarga saya bagaimana kehidupan buat saya dan mereka. Ia langsung tidak selesa. Saya faham penyokong pulang ke rumah dan mereka marah kerana pasukan tidak menang

"Saya menerima sebahagian emel yang tidak begitu bagus, yang mahukan saya mati dan anak-anak saya juga.

"Itu pastinya sesuatu yang tidak bagus untuk diterima. Jika anda ditanya selama empat bulan sama ada anda dalam tekanan, kerana (media) perlu menjual sesuatu - apa yang anda perlu jangkakan, pada penghujungnya?

"Anda tahu pasti ada masalah apabila alamat emel ia dihantar ialah dari 'Potterbastard@Gmail dot com'," kata Potter. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain