suria

Ronaldo buat ramai ‘cair’... Mesra layan peminat cilik mangsa gempa bumi Syria

Ronaldo mesra melayan peminat ciliknya dari Syria, baru-baru ini.

VIDEO Cristiano Ronaldo melayani seorang peminat cilik berusia 10 tahun yang kematian bapanya dalam insiden gempa bumi Syria dan Turki bulan lalu, menjadi tular.

Nabil Saeed, dari Syria, dijemput ke Arab Saudi selepas kanak-kanak itu meluahkan hasratnya mahu melihat Ronaldo beraksi di padang.

Hasrat tersebut diluahkan kepada pasukan penyelamat Arab Saudi yang menyertai misi menyelamat di Syria.

Tuah menyebelahi Nabil apabila dia dijemput menyaksikan perlawanan Al-Nassr menentang Al-Batin di Stadium Marsool Park bersama ibunya, di mana dia dipertemukan dengan pemain idolanya, baru-baru ini.

Video pertemuan itu dikongsi oleh Turki Alalshikh, Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am Saudi.

"Saya tidak percaya saya berada di Arab Saudi," katanya.

Dalam pertemuan tersebut, Nabil dalam reaksi gembira bercampur terharu

memberitahu pemain berusia 38 tahun itu bahawa dia benar-benar meminati bintang Portugal itu sebelum dipeluk idolanya itu.

Ronaldo juga sempat meluangkan masa berbual dengan Nabil, di mana kanak-kanak itu turut meniru aksi 'siu' yang menjadi trademark Ronaldo. - Mirror.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain