suria

Karate terus cemerlang, Sureeya sumbang emas ketiga negara

Sureeya sumbang emas ketiga buat Malaysia.

MALAYSIA terus memburu pingat emas di Sukan Sea Kemboja.

Terkini, atlet karate lelaki negara, H Sureeya Sankar menyumbang pingat emas ketiga buat negara.

Sureeya yang beraksi dalam acara Kumite bawah 60kg menewaskan Ari Saputra dari Indonesia 13-5 di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar A, pada 7 April.

Ia adalah pingat emas kedua Sureeya di sukan dwitahunan itu selepas meraih emas pada penampilan sulung di Sukan Sea Vietnam 2021 dalam acara kumite bawah 67kg. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain