suria

Penat jawab soalan sama, atlet bola tampar nafi bedah payudara

Simmons nafi lakukan pembedahan besarkan payudaranya.

PERNAH digelar sebagai atlet bola tampar tercantik di dunia, Kayla Simmons mengakui rimas apabila setiap inci tubuhnya menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, bekas bintang Universiti Marshall itu meluahkan rasa kurang senang apabila kerap ditanya sekiranya dia pernah menjalani prosedur untuk membesarkan payudaranya.

Pemain bola tampar kelahiran Florida itu juga pernah berharap saiz payudaranya lebih kecil agar dia tidak menjadi perhatian ramai orang.

Sewaktu membesar, dia sukar menyesuaikan diri khususnya ketika bermain bola tampar kerana memiliki payudara yang besar.

“Ia melucukan kerana di sekolah menengah, saya benar-benar ingin memiliki payudara yang kecil," katanya kepada 992,000 pengikutnya di Instagram.

Namun, dia kini semakin selesa dengan bentuk tubuhnya dan tidak menganggap ia sebagai satu masalah.

Wanita berusia 27 tahun itu turut memuat naik beberapa siri gambarnya sambil memakai bikini ketika bercuti di pulau Kauai, Hawaii. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain