PEMENANG Super Bowl, Russell Okung menunjukkan penurunan berat badannya yang menakjubkan sebanyak 100 pound (45 kilogram) selepas berpuasa selama 40 hari. Sewaktu bertahun-tahun kemuncaknya bermain untuk Seattle Seahawks, Denver Broncos, dan lain-lain, Okung merupakan antara pemain yang paling digeruni dalam Liga Bolasepak Nasional (NFL). Dia menggunakan saiz badannya yang besar berketinggian 6 kaki dan 5 inci serta berat 330 pound (150 kilogram) sebagai kelebihannya ketika zaman kegemilangannya. Selama 40 hari yang panjang dan meletihkan, Okung tidak mengambil sebarang makanan pepekal. Dia hanya mengambil air minuman, sekali gus menyaksikan penurunan berat badannya yang mendadak. Walaupun mungkin sudah menurunkan berat badan sepanjang tempoh itu, namun dia masih belum melihat cermin untuk melihat perubahannya. "Lama-lama, (minum) air sahaja, puasa. Saya melakukannya," katanya. Terdahulu, dia memaklumkan sedang menjalani transformasi. "Selama 40 hari. Tiada makanan, hanya air. Dan kini, sudah tiba masanya untuk melakukannya sekali lagi," ujarnya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube