suria

Gara-gara posting ‘Saya bersama Israel’, Zinchenko ‘koyak’ diserang warga maya... tukar tetapan Instagram kepada privasi

Zinchenko diserang bertubi-tubi oleh warga maya gara-gara menyokong Israel secara terbuka. -Gambar AFP

BINTANG Arsenal, Oleksandr Zinchenko memutuskan untuk menyekat profil Instagramnya dan meletakkan tetapan privasi selepas menjadi sasaran warga maya gara-gara satu hantaran yang dibuat mengenai Israel.

Warga Ukraine itu menyertai berjuta-juta pengguna dalam talian di seluruh dunia menghantar mesej sokongan kepada Israel, dengan menulis 'Saya bersama Israel' pada hantaran menerusi Instagram Story.

Susulan hantaran tersebut, Zinchenko diserang bertubi-tubi oleh warga maya.

Seorang pengguna Instagram menulis: "Dia menangis kerana negaranya diceroboh (oleh Rusia), tetapi dia menyokong penjajah?"

"Ini lelaki yang sama mahu kita bersimpati dengan Ukraine. Menjijikkan," komen pengguna yang lain.

Selepas memadam hantaran tersebut, Zinchenko menukar akaun Instagramnya kepada tetapan privasi.

Pada Sabtu lalu, pejuang Hamas melancarkan serangan roket ke atas Israel susulan pencerobohan berterusan ke atas Palestin. -Arabnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain