PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag berkata dia mengambil tanggungjawab selepas pasukannya terikat seri 3-3 dengan Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara. United mensia-siakan kelebihan dua gol di Istanbul dengan penjaga gawang Andre Onana membuat dua kesilapan tidak sepatutnya, sekali gus menyukarkan harapan mereka untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir. "Ia sering kali saya (dipersalahkan kerana mensia-siakan pendahuluan). Saya bertanggungjawab dengan semua ini tetapi juga sedar kami kini masih dalam satu projek. "Kami berada di laluan yang betul, jadi saya tahu ke mana kami harus pergi dan langkah apa yang perlu kami ambil dan saya pasti kami akan berjaya dalam jangka masa panjang. "Jika kami mahu kekal dalam Liga Juara-Juara, kami perlu menang perlawanan berikutnya," kata Ten Hag. - Sky Sports Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube