suria

Gabenor wilayah diminta letak jawatan, tak hadir mesyuarat kerana pergi jumpa Ronaldo

Ronaldo kini bermain untuk pasukan Al Nassr. -Gambar Hiasan Instagram Cristiano Ronaldo

GABENOR Wilayah Nagasaki, Jepun iaitu Kengo Oishi menerima kecaman selepas tidak menghadiri mesyuarat kerana menonton perlawanan bola sepak melibatkan Cristiano Ronaldo.

Menurut Oishi, dia menggunakan wangnya sendiri untuk membeli tiket ke perlawanan antara al Nassr dan Paris Saint-Germain di Arab Saudi pada 25 Julai lalu.

Jelas Oishi, hanya kos perjalanan dan penginapan ditanggung oleh kerajaan wilayah.

Selepas menonton perlawanan bola, dia turut mengikuti acara berasingan bersama bintang Portugal itu.

Oishi juga mendakwa dia menggunakan pertemuan itu untuk menjemput Ronaldo bagi "menghulurkan bantuan publisiti kepada Wilayah Nagasaki", lapor akhbar Asahi.

Isu itu kecoh diperkatakan secara dalam talian yang mana sebahagian netizen menuntut Oishi meletak jawatan kerana menyalahgunakan jawatannya.

Namun, ramai yang turut mempertahankan Oishi dan menegaskan gabenor itu bertindak atas kapasiti profesionalnya untuk mempromosikan Nagasaki. - SCMP.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain