BEKAS petinju terkenal ditahan bersama sekumpulan rakannya atas dakwaan menculik dan menyerang seorang lelaki. Petinju Thailand dikenali sebagai Pariya itu didakwa menembak mangsa di wilayah Prachuap Khiri gara-gara pertikaian mengenai teman wanita salah seorang rakannya. Pariya, 23, bersama kumpulan tersebut juga didakwa menculik mangsa yang juga pesaingnya dengan menaiki sebuah kereta untuk dibawa ke Bangkok. Setibanya di Bangkok, mereka menyerang mangsa secara kejam menggunakan senjata api, kayu, dan pisau, menyebabkan kecederaan serius. ARTIKEL BERKAITAN: Petinju terkenal meninggal dunia selepas jalani pembedahan jantung Mereka juga mencuri beberapa barang milik mangsa, termasuk rantai emas dan azimat. Ekoran serangan itu, mangsa dirawat selama lebih 20 hari sebelum dia membuat laporan polis di Balai Polis Pak Nam Pran. Bagaimanapun, Pariya menafikan tuduhan tersebut dan sudah dipindahkan ke Balai Polis Pak Nam Pran untuk tindakan undang-undang selanjutnya. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube