suria

Permainan PUBG atasi Fortnite, catat keuntungan tertinggi pada November

Ia mencatat keuntungan tertinggi pada November lalu. FOTO: AFP Relaxnews

APLIKASI permainan popular PUBG Mobile mencatat keuntungan tertinggi pada November lalu, ujar firma analitik aplikasi telefon, Sensor Tower.

Ia membawa pulangan kira-kira AS$32.5 juta (RM135.61 juta) di seluruh dunia pada bulan November sahaja, peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding bulan Oktober, dan 26 peratus lebih tinggi daripada bulan terbaik pada bulan Ogos.

Pada Ogos pula, ia memperoleh sekitar AS$25.7 juta (RM107.24 juta).

Peningkatan pada November itu disumbang oleh kebanyakan pemain di Amerika Syarikat (AS), yang membawa kira-kira 22 peratus atau AS$7.1 juta (RM29.62 juta) daripada jumlah pendapatan yang diperolehi.

Pemain dari Jepun pula menyumbang sekitar AS$6.4 juta (RM26.70 juta), dibelanjakan untuk permainan, atau kira-kira 20 peratus.

Secara purata, kesemua pemain menghabiskan sekitar AS$1.1 juta (RM4.59 juta) sehari dalam permainan tersebut.

Sebelum ini, permainan Fortnite Epic Games mendahului dari sudut perbelanjaan oleh pengguna namun kedudukan itu dirampas oleh PUBG pada November.

Malah, pada bulan lalu juga, ia mengalami lonjakan pendapatan sebanyak 166 peratus, sekaligus mendahului Fortnite untuk kali pertama sejak dia diperkenal menerusi peranti IOS. - Variety/Reuters.

PUBG Mobile, Fortnite, Sensor Tower

Artikel Lain