suria

Dua pasukan eSports Malaysia masing-masing menangi RM20,762 dalam satu kejohanan ‘Wild Rift’

Berjaya Dragons meminta maaf kepada peminat mereka di laman Facebook mereka, mereka juga berjanji untuk melakukan yang lebih baik dalam kejohanan antarabangsa seterusnya. - Berjaya Dragons

DUA pasukan eSports Malaysia membawa pulang masing-masing AS$5,000 (RM20,762) dalam pertempuran permainan mudah alih (MOBA) Wild Rift menerusi Summer Super Cup.

Mereka mewakili Malaysia dengan menentang pasukan-pasukan terbaik di Asia.

Pasukan tempatan Berjaya Dragons dan Geek Fam berjaya sampai ke Peringkat Kumpulan, bersama 16 pasukan dari lapan negara berbeza termasuk Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan China bukti kemampuan... kuasai kejohanan WePlay AniMajor

Peringkat Kumpulan mengikuti format 'double round-robin', iaitu dengan membahagikan pasukan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada empat orang, sambil memastikan pasukan dari negara yang sama tidak bermain antara satu sama lain.

Berjaya Dragons dan Geek Fam masing-masing memenangi satu daripada enam pusingan, justeru menempatkan mereka di kedudukan empat tercorot bersama dengan QWQ Hong Kong yang juga memenangi satu dari enam pusingan, diikuti oleh eSports Impunity Singapura yang kalah dalam semua pertandingan mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejuaraan Summer Super Cup dimenangi oleh Evos eSports TH iaitu wakil dari Thailand yang memperoleh hadiah utama AS$25, 000 (RM103,812).

Tempat kedua diraih oleh One Team dari Taiwan, memenangi AS$19,000 (RM78,897), sementara Cerberus eSports dari Vietnam mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang AS $14,500 (RM60,211).

Summer Super Cup adalah kejuaraan serantau pertama untuk Siri Ikon Asia Tenggara (SEA) 2021, yang dianjurkan oleh Riot Games, studio di belakang MOBA League Of Legends dan spin-off mudah alihnya, Wild Rift.

Di laman Facebooknya, Berjaya Dragons memohon maaf kepada peminat-peminat mereka atas kekurangan dalam persembahan mereka, sambil menambah bahawa mereka berasa bangga dapat mewakili negara di pentas antarabangsa. TheStar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain