suria

Yoodo Alliance sedia gegar arena e-sukan Malaysia dalam PUBG Mobile!

Yoodo berganding bahu dengan gergasi e-sukan antarabangsa, Alliance dalam satu usahasama epik

KOMUNITI e-sukan bagi PUBG Mobile memang sudah tidak asing lagi di Malaysia.

Terbaharu Yoodo telah berkolaborasi dengan Alliance bagi membentuk skuad PUBG Mobile yang dinamakan Yoodo Alliance.

Ini bermakna, selain pasukan Yoodo Gank di bawah naungan Yoodo, mereka kini mempunyai skuad kedua iaitu Yoodo Alliance.

ARTIKEL BERKAITAN: Musim Ke-2 Yoodo Gank: Knockout Series janjikan pertempuran lebih epik!

ARTIKEL BERKAITAN: Perlawanan sengit! Tahniah, akhirnya GRITG ARES muncul juara kejohanan PMNC 2021

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata: “Kami amat teruja untuk berkongsi fasa seterusnya perjalanan Yoodo dalam e-sukan dan gaming dengan pengumuman Yoodo Alliance.

“Sepanjang evolusi Yoodo dalam arena e-sukan, kami sentiasa menumpukan usaha dalam memperkasakan para pemain muda di seluruh Malaysia.

"Kini, dengan penubuhan Yoodo Alliance, kami berbangga untuk mengetengahkan generasi baharu bagi jaguh handalan PUBG Mobile.” katanya.

Tuck Mun turut menambah bahawa ini adalah kali pertama Alliance memasuki pasaran e-sukan Malaysia, sekali gus membuktikan bahawa arena e-sukan di Malaysia telah berkembang pesat untuk menarik perhatian pihak antarabangsa.

“Yoodo amat berbangga untuk bekerjasama dengan organisasi terkenal dan ternama di peringkat antrabangsa seperti Alliance.

"Kami menyasarkan untuk lebih memperkuat dan mendorong bakat tempatan untuk mengharumkan nama Malaysia dalam arena e-sukan di peringkat dunia.” ujar Tuck Mun.

Yoodo Alliance - Photo 2

Chow Tuck Mun, Jonathan Berg dan skuad pasukan Yoodo Alliance bergambar ketika sesi sidang media secara dalam talian.

Alliance mempunyai latar belakang yang kukuh dalam e-sukan sejak tahun 2013, dengan lebih 4 juta peminat di seluruh dunia.

Mereka juga melahirkan pasukan juara dunia bagi kejohanan Dota 2, serta menjadi pasukan 5 teratas di peringkat global bagi permaianan Dota 2, PUBG Mobile, Apex Legends dan Wild Rift.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Jonathan Berg berkata organisasi tersebut amat teruja untuk membantu meningkatkan bakat e-sukan Malaysia bersama-sama Yoodo.

“Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan telco paling dominan dalam industri e-sukan di Malaysia.

"Kami juga komited dalam mengembangkan bakat dalam Yoodo Alliance. Dikukuhkan dengan pengalaman kami yang luas dalam e-sukan, Alliance fokus untuk menghasilkan pemenang serta meningkatkan lagi perjalanan mereka dalam arena e-sukan." kata Berg.

Yoodo berganding bahu dengan gergasi e-sukan antarabangsa, Alliance dalam satu usahasama epik

Pemain-pemain yang membarisi Yoodo Alliance.

Pasukan yang dinamik ini terdiri daripada Muhammad Zalmi Hakim Bin Azhar (KIMZ), Muhammad Haikal Adam Bin Razak (LEX), Muhammad Fahmi Bin Farizal (PAMI), Mohd Hafizuddin Bin Suaini (DINX), dan Muhammad Afiq Haikal Amiludin (TEMAH).

Pasukan ini akan diuruskan oleh Alliance apabila mereka menyertai pelbagai perlawanan PUBG Mobile pada masa akan datang.

Yoodo Alliance akan bertempur buat pertama kalinya di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MYSG Musim Ke-4, yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain