suria

Selepas catat tontonan tertinggi di Singapura, nantikan kemeriahan Free Fire World Series 2022!

Free Fire World Series kembali lagi untuk tahun 2022 selepas edisi sebelum ini dimenangi oleh wakil pasukan dari Thailand.

GARENA mengumumkan Free Fire World Series 2022 (FFWS 2022) akan berlangsung pada Mei 2022.

Kejohanan ini akan bermula pada 14 Mei, manakala peringkat akhir dijangka berlangsung pada 21 Mei.

Sebelum itu, pusingan kelayakan untuk FFWS 2022 akan diadakan di beberapa wilayah dalam beberapa bulan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajib cuba... Ketahui 10 kehebatan Free Fire MAX... memang meletup!

ARTIKEL BERKAITAN: Free Fire bekerjasama dengan Venom untuk projek Free Fire x Venom: Let There Be Carnage

Pasukan yang menduduki tangga teratas akan menerima hadiah utama kejohanan yang menjadi rebutan peserta.

FFWS 2022 akan menjadi edisi ketiga kejohanan global yang paling dinanti-nantikan di mana ia menyatukan pasukan terbaik dunia untuk bersaing menjadi antara pasukan terbaik dunia.

Sambutan baik kejohanan ini terbukti apabila edisi 2021, Free Fire World Series 2021 Singapura (FFWS 2021 SG) telah merekodkan tontonan merentasi pelbagai platform.

Pada pusingan akhir FFWS 2021 SG, kejohanan tersebut berjaya mencapai 5.4 juta penonton, ia merupakan tontonan tertinggi dalam sejarah kejohanan e-sukan.

Jumlah tersebut tidak termasuk platform China, menurut carta e-sukan.

Pasukan Phoenix Force dari Thailand telah dinobatkan sebagai juara FFWS 2021 SG dengan membawa pulang hadiah bernilai AS2,000,000 (RM8.33 juta).

Kemenangan Pasukan Phoenix Force mewakili kemenangan Siri Dunia pertama untuk Thailand, selepas pasukan Corinthians dari Brazil memenangi Free Fire World Series 2019 di tempat sendiri iaitu di Rio.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain